Wednesday, September 07, 2005

Puasa dalam pandangan Agama

Puasa dalam Pandangan agama
InsyaALLAH sebentar lagi Ramadhan, kita wajib menjalani rutinitas puasa sebulan penuh dengan keikhlasan. Smoga tulisan dibawah bermanfaat tuk kita smua, amin.Oleh : Ghafani Awang TehMenurut sejarah, amalan puasa muncul serentak dengan kemunculanmanusia di muka bumi. Semua agama atau atheis sekali pun mengakuibahawa amalan ber-puasa adalah program positif dan amat penting dalamkehidupan harian manusia. Walau bagaimanapun berdasarkan perkem-banganterkini, puasa Ramadhan yang diamalkan serentak secara besar-besaranoleh umat Islam sama ada kanak-kanak atau dewasa di seluruh dunia,me-nunjukkan amalan puasa dalam agama Islam terus aktif meneruskankesinambungan amalan puasa yang diamalkan oleh para nabi yangterdahulu.Sejarah PuasaPerintah puasa fardhu Ra-madhan kepada umat Islam di bawah kerasulanNabi Muhammad s.a.w. diwahyukan pada bulan Syaaban tahun 2 Hijrah dandi-kuatkuasakan dalam bulan Ramadhan berikutnya semasa Nabi Muhammadberada di Madinah. Walau pun puasa Ramadhan diwajibkan pada tahun 2Hijrah tetapi umat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad telah punmengamalkan puasa. Allah berfirman:Maksudnya: “Hai orang-orang yang ber-iman, diwajibkan atas kamu berpuasasebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamuber-taqwa”. (Al-Baqarah: 183)Dalam mentafsirkan ayat ini, ahli tafsir Imam Qurtubi me-nyatakanAl-Syaabi, Qatadah dan lain-lain menerangkan bahawa ayat ini merujukpuasa-puasa yang difardhukan pada Nabi Musa, Nabi Isa dan umat-umatnyapada masa itu yang juga mengamalkan puasa dalam bulan Ramadhan,kemudian para pendita dan pengikut-pengikut nabi-nabi berkenaanmengubahsuai ajaran-ajaran tersebut. Dengan demikian kita dapati dalamkitab Taurat dan Injil ada menyebut tentang puasa tetapi tidakdinyatakan dengan jelas tentang peraturan wajib puasa.Sebagaimana kita ketahui bahawa Rasul-rasul yang dipilih Allah sebelumNabi Muhammad s.a.w mempunyai syariat yang sesuai di sampaikan dandi-gunakan untuk umat-umatnya sahaja. Nabi Adam sebagai manusiapertama muncul di dunia juga berpuasa. Penga-la-man Nabi Adam dan Hawayang dimurkai Allah kerana mendekati sebatang pokok (dikatakan pokokkhuldi) boleh dijadikan sumber rujukan yang boleh di-kaitkan denganpuasa. Allah ber--firman:Maksudnya: “Janganlah kamu mendekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasukorang-orang yang zalim”. (Al-Baqarah: 35)Dengan tipu daya dan mus-lihat syaitan, Nabi Adam dan Hawa telahmemakan buah pokok larangan berkenaan wa-lau-pun telah ditegah olehAllah. Dengan demikian Allah telah menyuruh pasangan berkenaan keluardari syurga dan turun ke dunia. Peristiwa Nabi Adam dan Hawa yangdimurkai Allah me-makan buah larangan itu di-anggap melanggar perintahpuasa dalam erti menahan diri dari makan buah larangan.Menurut sumber sejarah, Nabi Musa bersama kaumnya pernah berpuasaempat puluh hari di samping bermunajat kepada Allah semasa berada dibukit Tursina sebelum Allah menganugerahkan sepuluh ajar-an kepadanya.Nabi Isa juga ber-puasa seperti mana yang di-amalkan oleh Nabi Musa.Dalam Surah Maryam dinyatakan Nabi Zakaria dan Mariam seringmeng-amalkan puasa. Manakala Nabi Daud diriwayatkan berpuasaber-selang seli iaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka yangdiamal-kan pada sepanjang tahun. De-mikianlah antara amalan puasanabi-nabi terdahulu yang dapat dikesan oleh ahli-ahli tafsir dansejarah. Walau pun amalan puasa nabi-nabi lain tidak dapat dikesantetapi kita percaya ba-hawa amalan puasa adalah se-bahagian cara hidupmereka dalam mendekati Allah. Menurut sumber sejarah, Nabi Muhammads.a.w sendiri sebelum di-lantik menjadi Rasul telah meng-amalkan puasatiga hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura yang jatuhpada hari ke 10 bulan Muharram ber-samasama dengan masyarakatQuraisy yang lain. Malah masyarakat Yahudi yang tinggal di Yathrib(Madinah) pada masa itu turut mengamalkan puasa Asyura.Menurut Encyclopedia of Religion bangsa-bangsa bertamad-dun tinggi dankuno sebelum masehi seperti bangsa Rom, Yunani, Mesir Purba, Natchesdi Amerika Tengah, Hindu dan China turut mengamalkan puasa. Mereka iniberpuasa se-bagai persediaan menyambut perayaan, memuja roh nenekmoyang, membersihkan dosa dan persediaan menjadi pemim-pin-pemimpinatau ketua agama. Persoalan yang timbul ialah apakah puasabangsa-bangsa ini hasil dari perkembangan dakwah nabi-nabi terdahulu?Kebenaran pertalian itu memang ada kerana sejarah perkembangan biakmanusia dan ajaran Allah ber-mula dari Nabi Adam dan nabi-nabi/rasulyang lain yang ke-semuanya berasal dari Tanah Arab. Penyebaran agamaber-laku serentak dengan perpin-dahan dan penghijrahan ma-nusia hasildaripada evolusi geografi dunia yang berlaku beribu-ribu juta tahundahulu yang turut menyebabkan pem-bentukan benua. Evolusi dunia terusberlaku hingga kini tanpa kita sedari.Puasa Dalam Agama YahudiSebahagian rasul-rasul yang wajib dipercayai dalam agama Islam terdiridari Bani Israel. Umat Islam perlu berhati-hati apabila mengutuk hebatbangsa Yahudi kerana kepintaran ke-jahatannya, jangan turutme-ngait-kan rasul-rasul itu. Dalam Encyclopedia of Religionme-nyatakan penganut Yahudi yang Ortodoks mengamalkan puasa wajib satuhari pada hari Yom Kippur (Hari pembersihan dosa) seperti mana yangdisuruh oleh Mosaic Law (kemungkinan merujuk kitab Taurat Nabi Musa),kemudian mereka me-nambah empat hari lagi, masing-masing satu haripada bulan Ab, Tammuz, Tebeth dan Tishri mengikut kalendar bulanYahudi sebagai hari berkabung di atas bencana yang menimpa bangsaYahudi. Mengikut Encyclopedia itu lagi terdapat segolongan penganutYahudi mengamalkan puasa mengikut nabi Yahya, mengamalkan 40 haripuasa nabi Musa, 40 hari puasa Nabi Ilyas dan puasa pada hari Isnindan Khamis secara sukarela.Puasa Dalam Agama KristianSelepas kematian Nabi Isa, kitab Injil mengalami perubahan besar.Dengan demikian kita dapati dalam Bible (New Testament) tidak menyebutsecara nyata tentang wajib puasa kepada penganutnya. MenurutEncyclopedia of America pada dua abad pertama sejak kemunculan agamaKristian, puasa dalam agama ini adalah sukarela. Puasa hanyadiwajibkan pada abad ke 4. Secara tradisinya agama Kristianmenghendaki penganutnya berpuasa 40 hari mulai hari besar AshWednesday hingga hari perayaan Easter, iaitu sebelum perayaan Krismas.Puasa ini dibuat sebagai simbul menghormati kesengsaraan Nabi Isa yangmengalaminya selama 40 hari. Puasa-puasa tradisi lain ialah puasa padahari Rogetion Days, Ember Day, puasa mingguan pada hari Rabu danJumaat dan puasa sem--pena perlantikan paderi dan hari Baptis.Walau bagaimanapun menurut Encyclopedia of Britanica, ke-dudukan puasatradisi dalam masyarakat moden Kristian hari ini telah mengalamiperubahan besar. Dalam persidangan Majlis Gereja Vatican 1965 di Romtelah memutuskan mereka hanya perlu berpuasa sebahagian atau padahakikatnya berpantang de-ngan tidak makan daging pada hari perayaanAsh wednesday dan hari Good Friday. Kelong-gar-an peraturan itu dibuatse-bagai usaha menggalakkan ma-sya-rakat Kristian berpuasa. Dengandemikian menurut Encyclopedia of Religion Masya-rakat KristianOrtodoks Greek dan Roman Katolik yang suatu ketika dahulu kuatmengamalkan puasa tradisi, hanya kini mengamalkan puasa atauberpantang pada hari Ash Wednesday dan Good Friday sahaja. Manakalasebahagian besar Gereja-gereja di bawah Mazhab Kristian Protestanthanya menganggap puasa itu adalah hak budibicara in-dividu untukmengamalkannya.Puasa Dalam Agama LainMenurut Encyclopedia of Religion, walaupun sebahagian besar penganutagama Buddha cen-derung berpantang tetapi mereka menganggap puasase-penuhnya sepanjang hari bukan-lah suruhan agama Buddha. Mengikutajaran Buddha kurangkan makan atau berpantang adalah salah satu dari13 ajaran-nya untuk mencapai hidup bahagia. Dengan demikian walaupunmereka berpuasa tetapi mereka boleh makan sekali sehari sebelum waktutengah hari. Di kalangan penganut agama Buddha hanya sami yang taatberpuasa atau berpantang yang mereka amalkan empat kali dalam sebulan.Demikian juga puasa dalam agama Hindu, confusius, Tao dan ajaran kunolain adalah mengamalkan puasa untuk pemujaan roh nenek mo-yang. Puasamereka lebih ber-sifat berpantang dengan tidak makan daging ataudibenarkan makan sekali sehari.KesimpulanSemua agama mengakui ba-hawa puasa adalah amat penting dan menjadisatu keperluan universal kepada semua manusia. Islam telah mengambillangkah bijak dengan menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu agendawajib kepada umat Islam yang baligh dan berakal menjalankan puasaselama satu bulan. Malah Islam menggalakkan umatnya menjalankanpuasa-puasa sunat sebagai kesinambungan menge-kal-kan gaya hidup sihatseperti yang dikehendaki dalam se-mangat dan matlamat Rama-dhan.Selama 11 bulan anggota badan kita aktif menjalankan jentera dankemudiannya satu bulan pula diwajibkan berehat, maka suruhan agamaIslam itu adalah tepat. Walaupun terdapat percubaan agama-agama bukanIslam untuk mewajibkan puasa kepada penganutnya tetapi tidak berjayakerana agama itu tidak mempunyai rangkaian undang-undang yang lengkap.Maka hanya sami-sami, pendita dan paderi yang agaknya masih meneruskansaki baki amalan puasa atau berpantang larang sepertimana yangdituntut oleh agama berkenaan.


| Henny blogged at 8:48 AM